mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti II JAN 2020 (Portal Sebenarnya.my & E-waste)

Tarikh   : 16 Januari 2020 (Khamis)

Masa    : 10.00 pg  – 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Latihan PI Felda Chiku 3

Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN

Penerangan portal Sebenarnya.my banyak memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar untuk lebih mengetahui kesahihan berita atau maklumat yang diketahui sebelum disebarkan.Kebijaksanaan dalam menentukan kesahihan sebelum menyebarkan maklumat kepada orang lain sangat penting untuk kesejahteraan komuniti. Disamping itu pendedahan tentang e-waste sebagai satu langkah dan usaha dalam menyelamatkan bumi.

AKTIVITI

Pelajar ini didedahkan dengan website sebenarnya.my dan video kesedaran tentang kesan apabila tidak mengasingkan sisa-sisa elektronik ke tempat yang betul. Di samping sesi soal jawab dan pengalaman daripada pelajar-pelajar yang hadir.