mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN

PROJEK AIR MINUMAN DR.SUKIDA & KRAFTANGAN

 PDK Tunas Wawasan merupakan sebuah badan NGO dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertindak membantu pelatih-pelatih OKU menguruskan diri serta belajar berdikari. Seramai 73 orang pelatih didaftarkan dibawah PDK Tunas Wawasan Felda Chiku 3 serta 5 orang guru bagi membantu pelatih.

PDK telah menjalankan beberapa bisnes sampingan bagi menampung perbelanjaan pelatih disamping elaun yang diberi oleh JKM. Antara bisnes yang dilaksanakan di PDK adalah Pengeluaran Air Minuman Dr.Sukida, Kraftangan, Penanaman pisang serta Penternakan ikan keli.

Pengeluaran Air Minuman Dr.Sukida

Merupakan pendapatan sampingan utama bagi PDK. 

Kraftangan

Antara kraftangan yang dihasilkan adalah tudung saji serta bantal hiasan. Produk ini dihasilkan dalam pelbagai variasi dan dilaksanakan sendiri oleh pelatih-pelatih dibawah pengawasan guru yang terlibat. 

 

Sumber : Penyelia PDK Tunas Wawasan Felda Chiku 3