mcmc
Keselamatan

RELA

Pasukan RELA Felda Chiku 03 telah sekian lama ditubuhkan, tetapi mula bergiat aktif pada tahun 1994. Setakat ini, pasukan ini dianggotai lebih kurang 100 orang ahli. Antara tugas-tugas pasukan ini ialah membantu pihak polis dalam membanteras jenyah dan juga melancarkan operasi sebanyak 2 kali sebulan. Antara tugas-tugas lain pasukan ini ialah membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan bagi melancarkan sesuatu majlis seperti kenduri, festival sukan dan juga menyertai program-program keceriaan kampung. Anggota RELA juga turut menyertai latihan yang berpusat di Pejabat RELA Gua Musang.