mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3

pic front old

Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3 yang dahulunya dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Chiku 3 merupakan sebuah projek yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3 tergolong dalam kelompok Fasa 2 yang terdiri daripada 52 pusat di mana ia dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia ™ dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

pic front old

Projek untuk menubuhkan Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 03 ini telah dilakukan sekitar tahun 2009 lagi. Manakala dari segi pemilihan lokasi pula, kata sepakat melalui hasil perbincangan dengan pemimpin tempatan beserta kaji selidik yang dilakukan telah bersetuju untuk menjadikan bangunan Pusat Literasi Keluarga sebagai lokasi untuk penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Felda Chiku 3. Setelah mengenalpasti lokasi, kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan dan akhirnya siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2009. Setelah menjalani sesi penilaian oleh pihak SKMM dan TM, Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Chiku 3 beroperasi secara rasmi pada 10 November 2009. Dua orang petugas yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dilantik bagi menguruskan operasi harian di Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Chiku 3.

Pada awal tahun 2013, nama projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) telah ditukar kepada Pusat Internet 1Malaysia. Seiring dengan transformasi tersebut, Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3 telah melalui proses penaiktarafan program dan aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menambah baik fungsi penubuhannya. Antara program yang telah dijalankan adalah Hari Terbuka Bersama Komuniti, Karnival Jalur Lebar, Latihan 1Malaysia, Persijilan 1Citizen, Get Malaysian Business Online (GMBO), Program Klik Dengan Bijak (KDB) serta Kempen Pengguna Bijak & Keusahawanan (KPBU).

pic front new

 Pada penghujung tahun 2014, kontrak bagi projek Pusat Internet 1Malaysia Fasa 2 telah tamat dan melalui perjanjian baru antara pihak pengurusan dan pemimpin tempatan, projek Pusat Internet 1Malaysia di Felda Chiku 3 telah dilanjutkan selama 3 tahun dan dikategorikan sebagai Fasa 2 Extention. Pembaharuan perjanjian ini telah menyebabkan Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3 sekali lagi melalui proses pengubahsuaian dan naiktaraf agar selaras bersama fasa-fasa lain di mana kesemua peralatan dan kelengkapan serta reka bentuk dan susur atur telah ditukar baru dan lebih canggih. Proses pengubahsuaian bermula pada 10 Feb 2015 sehingga 12 Jun 2016. Pada 13 Jun 2016, proses penilaian (S.A.T) oleh pihak SKMM dan TM dilaksanakan dan Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3 telah mendapat kelulusan untuk beroperasi sepenuhnya.